twitter


Asrama PERKAYA Marang
Asrama PERKAYA Marang


Asrama PERKAYA Marang terletak di Pulau Kerengga, Marang dan bersebelahan dengan penjara Marang. Asrama ini menempatkan seramai 300 orang pelajar dari kalangan anak yatim dari seluruh daerah negeri Terengganu khususnya dan seluruh negeri amnya.


Asrama PERKAYA Besut

Asrama PERKAYA Besut di Kampung Pondok Paku, Jabi, Besut mula beroperasi pada 1 Januari 2007 dengan pengambilan pelajar seramai 34 orang,  iaitu 11 lelaki dan 23 perempuan. Mereka terdiri daripada Tingkatan 1, 2 dan 3. Mereka ditempatkan belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Jabi, yang jaraknya 2km dari asrama.

Pengambilan pelajar sekolah rendah Tahun 5 dan 6 pada 1 Januari 2010, seramai 24 orang ( 12 lelaki dan 12 perempuan). Mereka ditempatkan belajar di Sekolah Kebangsaan Bukit Tempurung, Besut.   YB. Haji Ramlan bin Ali, ADUN Jabi  adalah Pengerusi Jawatankuasa Asrama tersebut sementara Penyelia Asrama Encik Mohamed bin Awang.

Kemudahan Asrama

Asrama PERKAYA menyediakan pelbagai kemudahan bagi membela nasin dan menjaga kebajikan anak yatim dalam tanggungannya. Antaranya ialah:
1.Perpustakaan
2.Makmal Komputer
3.Surau
4.Kelas Tambahan / Kelas Agama
5.Gelanggang (Badminton, Ping Pong)
6. Padang Bola
7.Dewan Makan
8. Aktiviti Kokurikulum (Kadet, Pancaragam, Nasyid, Koir dan Sebagainya)



Kemasukkan Asrama

Dapatkan BORANG PERMOHONAN KE ASRAMA PERKAYA di pejabat PERKAYA dialamat:
Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu(PERKAYA)
423-B, Jalan Pusara,
20400 Kuala Terengganu



Syarat Kemasukkan Ke Asrama PERKAYA

1. Warganegara Malaysia.
2. Berumur antara 11-16 tahun pada tahun tersebut layak memohon.
3. Keputusan peperiksaan akhir / UPSR (3B 2C)
4. Kematian bapa / ibu bapa.
| 0 comments |