twitter


Sambutan 30 Tahun PERKAYA
PERKAYA - 4 Disember 2010: Seramai 700 orang jemputan telah menghadiri Majlis Makan Malam Sempena Sambutan 30 Tahun Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA) di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam yang dirasmikan oleh DYMM Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah.
         Bacaan doa sebagai pembuka bicara memohon keberkatan Yang Maha Esa dan disusuli dengan persembahan koir dari pelajar Asrama PERKAYA MARANG. Dalam majlis makan malam ini acara di jalankan, antaranya ialah penyampaian mock cek kepada penaja-penaja utama, deklamasi  sajak, Tuanku Mizan berkenan untuk menyampaikan sijil kecemerlangan kepada bekas pelajar Asrama PERKAYA yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda , Ijazah Sarjana dan Ijazah Kedoktoran.
         Pada majlis itu juga diadakan peyampaian sijil penghargaan kepada penerima Tokoh Emas Jasamu Dikenang PERKAYA kelas Pertama iaitu YAB Dato' Seri Ahmad bin Said dan Tokoh Emas Kelas kedua di anugerahkan kepada Y.Bhg. Dato' Ibrahim bin Haji Mohamad, Tuan Haji Ahmad Mahmood  dan Tuan Haji Baharudin bin Mohamad.Majlis diakhiri dengan keberangkatan DYMM Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Mukhtafi Billah Shah.




 Pameran Sempena Sambutan 30 Tahun PERKAYA
Marang - 3 Januari 2011: PERKAYA telah mengadakan pameran sempena Sambutan 30 Tahun PERKAYA di Perkarangan Asrama PERKAYA Marang , pada 1 hingga 3 Januari 2011. Agensi kerajaan juga turut terlibat bagi menjayakan dan sebagai sumber tarikan orang ramai ke Asrama PERKAYA Marang. Antara agensi kerajaan yang terlibat ialah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Jabatan Pertanian daerah Marang, Polis Diraja Malaysia (PDRM) daerah Marang, Jabatan Bomba dan Penyelamat,Pejabat Kesihatan daerah Marang, Unit Tabung Darah Hospital Sultanah Nur Zahirah, Jabatan Kejururawatan Kolej Teknologi Bestari (KTB), Penjara Marang, dan Za Ba Batik tidak ketinggalan Asrama PERKAYA Marang turut melibatkan diri  dengan memamerkan barangan kraftangan hasil dari kerja tangan pelajar asrama Marang.
          Pelbagai aktiviti telah diadakan bagi menyempurnakan pameran ini, iaitu derma darah, pemeriksaan kesihatan, aktiviti-aktiviti dari agensi yang turut serta, demostrasi kebakaran, dan demonstrasi mencanting batik dan peluang mencating batik.
          Pameran Sempena Sambutan 30 Tahun PERKAYA berakhir dengan Majlis Penutup Sambutan 30 Tahun PERKAYA oleh YB. Encik Yahya bin Khatib Mohamad, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri Terengganu.






Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid (MTQN)
Peringkat Negeri Terengganu

SETIU - 12 MAC 2011: Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid (MTQN) peringkat negeri Terengganu telah berlangsung di Kolej Teknologi Bestari (KTB), Setiu yang disertai oleh tiga buah asrama iaitu Asrama PERKAYA Marang, Asrama PERKAYA Besut, dan Asrama Darul Falah. Pertandingan ini bertujuan untuk memilih peserta mewakili negeri Terengganu ke Majlis Tilawah Al-Quran dan Nasyid peringkat Kebangsaan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) , Negeri Sembilan.
          Majlis penutup telah disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Haji Sheikh Harun bin Ismail, Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu mewakili YB. Haji Khazan bin Che Mat Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu.



LAWATAN BADAN KEBAJIKAN ANAK YATIM TABAL (AYATA) TAKBAI KE ASRAMA PERKAYA MARANG

                 MARANG, 25 APRIL 2011; PERKAYA telah menerima lawatan dari Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal (AYATA) Takbai, Narathiwat, Selatan Thailand . Lawatan ini disertai seramai  41 orang (23 lelaki dan 18 orang perempuan) yang  terdiri  daripada 22 orang fakir miskin, 11 orang AJK  AYATA dan 4 orang penasihat.
                Rombongan ini  tiba di Asrama PERKAYA Marang  pada 24 April  , jam 4.00 petang. Mereka disambut  warga Asrama PERKAYA Marang bersama Yang Dipetua PERKAYA, Dato’ Tengku Mahmud bin Mansor. Mereka diberi peluang untuk melawat kawasan Asrama PERKAYA Marang dan berehat di PERKAYA Inn  sebelum acara seterusnya pada sebelah malam.
                Selepas solat Magrib berjemaah  mereka di jemput ke Dewan Misbaha untuk  majlis seterusnya. Bacaan doa pembuka majlis memohon keberkatan kepada Yang Maha Esa oleh pelajar asrama PERKAYA  seterusnya disusuli dengan persembahan nasyid daripada pelajar Asrama Marang dan juga persembahan nasyid dari pelajar AYATA. Seterusnya  ucapan Yang Dipertua PERKAYA, Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor disusuli Haji Nawawi bin Yunus ,Pengerusi Badan Kebajikan Anak Yatim Tabal (AYATA) untuk memberi  ucapan. Majlis berakhir dengan jamuan minum malam. Mereka pulang pada pagi esok harinya.
 
 
LAWATAN KE LADANG TERNAKAN BEKAS ANAK PERKAYA : HAJI MARAHZA BIN ABDUL MAJID
 
JERANGAU, 9 MEI 2011: PERKAYA telah melawat  ladang ternakan Tuan Haji  Marahza bin Abdul Majid yang terletak di  Jerangau. Lawatan ini disertai 13 orang AJK dan  kakitangan PERKAYA termasuk Yang Dipertua PERKAYA,  Dato’ Dr. Haji Tengku Mahmud bin Mansor bersama isteri To’ Puan Hajah Zainon binti Jamil.   
Haji  Marahza seorang anak PERKAYA yang telah berjaya dalam bidang ternakan. Beliau telah merangkul pelbagai anugerah antaranya ialah Anugerah Wiratani Negara,2007 , Anugerah Tokoh Melayu Cemerlang, 2008 , Anugerah YPU, 2009 , serta Anugerah Inovasi Mini MAHA, 2010.
                Beliau telah menceburi bidang ternakan ini selama 13 tahun. Ketika  lawatan dijalankan Haji Marahza memberikan sedikit sebanyak penerangan tentang ladang yang telah beliau usahakan sehingga ke hari ini kepada rombongan PERKAYA.
                PERKAYA amat berbangga dengan kejayaan Haji Marahza dan berharap kejayaan beliau menjadi contoh kepada semua anak muda di seluruh Malaysia amnya dan kepada semua anak-anak PERKAYA khususnya pada masa akan datang.





| 0 comments |