twitter



Menjalankan usaha perladangan sawit diatas tanah kurniaan kerjaan Negeri seluas 830 ekar di Mukim Jabor, Kemaman Terengganu. Mula diterokai tahun 1992, kini menjadi penyumbang dana utama kepada aktiviti PERKAYA.                              
                                   
Ladang ini telah juga berjaya dijadikan Ladang Waqaf kepada 2,995 orang penderma dimana proses waqaf dan pertukaran pemegang amanah waqaf kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu(MAIDAM) telah dapat diselesaikan pada awal 2010.        

Ladang Waqaf PERKAYA ini bukan sahaja terdapat tanaman kelapa sawit, terdapat juga 40 ekor lembu Intergrasi kacukan Brahman dan KK, 400 ekor kambing baka kacukan Boer dan Jamnnapari, 1000 pokok salak madu, 5,000 pokok ghaharu juga bakal membina sebuah sarang burung walit berukuran 20’x40’ setinggi 3 tingkat. Projek Intergrasi ini adalah sebagai pendapatan tambahan dimasa hadapan.

Ladang Wakaf PERKAYA ini di Uruskendali dibawah Pimpinan Tuan Haji Harun Hassan bersama 7 orang kakitangan pengurusan sepenuhmasa dengan 10 orang pekerja tempatan dan 14 orang warga Indonesia. Lebih dari RM1 juta stiap tahun disumbangkan kepada PERKAYA  sejak 2006 lagi.


Ladang Sawit PERKAYA Sdn.Bhd
Lot 845, Mukim Hulu Jabor,
D/A Pos Mini Ceneh Baru,
24000 Kemaman.
Tel: 09-5512988         Fax: 09-5511988


| 0 comments |