twitter

 
Menjalankan usaha Hartanah dan Kontraktor klas F.  Ditubuhkan seawal tahun 1990 lagi, mengalami jatuh bangunnya yang tersendiri, aktif semula mulai 2006. Syarikat mulai mengalami pertumbuhan yang agak memberangsangkan selepas itu. Bermula dengan menyiapkan rumah terbengkalai untuk jualan diatas tanah milik PERKAYA di Pulau Kerengga, kini telah berjaya menarik kepercayaan pemilik tanah persendirian untuk usahasama membangunkan projek perumahan.

Sehingga kini Perkaya Bina Sdn Bhd telah berjaya menyiapkan 6 Banglo, 10 semiD beserta CF di Pulau Kerengga, 8 semiD berserta CF di Sura Dungun. Sedang menyiapkan 2 Banglo, 16 semiD di Pulau Kerengga, 2 Banglo di Sura Dungun dan 14 semiD di seberang Pintasan Dungun.

Perkaya Bina juga telah menandatangani perjanjian usahasama dengan Jasabakti Sdn Bhd untuk memajukan 5 banglo dan 20 semiD di Ajil, Hulu Terengganu. Perjanjian usahsama juga telah ditandatangani dengan pemilik tanah persendirian dari Kelantan memajukan tanah untuk 52 unit semiD di mukim Caluk , Setiu, Terengganu.

Syarikat diuruskendali dibawah pimpinan Pengerusi Eksekutif Hj Mustaffa Said dibantu oleh 6 orang kakitangan pengurusan dan 28 buruh binaan warga Indonesia. Syarikat masih lagi dalam pemulihan dan hanya mampu menyumbang  dibawah paras  RM 50,000 setahun untuk aktiviti PERKAYA.

PERKAYA Bina Sdn. Bhd.
423-E, Jalan Pusara,
20400 Kuala Terengganu
Tel: 09-6249224    Fax: 09-6428224

Projek Perumahan PERKAYA Bina Sdn.Bhd.
| 0 comments |