twitter


Menjalankan pelbagai usaha Trading dan perniagaan kecil. Mula ditubuhkan seangkatan dengan Ladang Sawit Perkaya dan Perkaya Bina pada tahun 1990. Perkaya Holdings masih terumbang ambing sehingga 2010. Ketiadaan modal kerja yang mantap serta tiada perniagaan yang menguntungkan menyumbang kearah kemalapan syarikat.

Mulai 2009 Perkaya Holdings menceburi usaha pelbagai pernigaan berbentuk Tradings dengan menjalankan perniagaan Insurance dan kedai DCL. Namun kedua-dua perniagaan ini tidak memberikan pulangan yang memuaskan dan tidak mampu menjana pendapatan yang mencukupi untuk membiayaai kos pengurusan.                    

Mulai June 2010 Perkaya Holdings Sdn Bhd mula memperolehi sokongan Ahli dalam usaha menerokai  Industri Walit. Sebuah rumah walit berukuran 48’x60’ setinggi 3 tingkat telah diluluskan dan sekarang dalam proses pembinaan di Pulau Kerengga, Marang Terengganu. Dijangkakan penghujung tahun 2011 hasil walit dapat dituai dan akan memberi kelegaan kewangan kepada Perkaya Holdings Sdn Bhd  mulai 2012.

Syarikat diuruskendali dibawah pimpinan Che Mat b Che Bakar dan dibantu oleh seorang kakitangan pengurusan. Kedudukan Syarikat masih lemah dari pelbagai sudut. Usaha untuk memulihkan kewangan bagi membiayai kos pengurusan sedang dilaksanakan secara bersungguh-sungguh.

PERKAYA Holdings Sdn.Bhd
423-E, Jalan Pusara,
20400 Kuala Terengganu
Tel: 09-6249224   Fax: 09-6248224

| 0 comments |