twitter



| 0 comments |

PERKAYA diilihamkan oleh YAB Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Wan Mokhtar bin Ahmad Menteri Besar Terengganu (1970-1999) dalam mesyuarat Exco Kerajaan Negeri pada 8 April 1979. Beliau telah meminta YBM Dato' Tengku Mahmud bin Mansor, Pengerusi jawtankuasa Kebajikan Am dan Pemuliharaan Negeri Terengganu ketika itu "....untuk menangani masalah penderitaan dan kesusahan serta keperitan hidupyang dialami oleh sebahagian anak-anak yang bergelar 'yatim' ekoran kemiskinan keluarga, terbiar dan tidak mendapat layanan dan kemudahan asas yang diperlukan." Lanjutan dari keputusan mesyuarat beberapa perbincangan telah djalankan melibatkan pelbagai kumpulan strategik untuk mencari kaedah dan pendekatan yang terbaik menangani isu ini. Penubuhan sebuah pertubuhan kebajikan anak-anak yatim merupakan kaedah terbaik yang diperolehi.

Kronologi penubuhan PERKAYA seperti berikut:-

8 April 1979
Mesyurat Exco Kerajaan Negeri Terengganu memberi tugas kepada Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Am dan Pemuliharaan Negeri untuk mencari jalan menangani masalah anak yatim di Terengganu.

2 Julai 1979
Mesyurat pertama penubuhan PERKAYA diadakan dan dipengurusikan oleh YBM Dato' Haji Tengku Mahmud bin Mansor, Ahli Exco Kerajaan Negeri.

29 November 1980
Mesyuarat Agung Penubuhan PERKAYA telah diadakan dan sebuah Jawatankuasa Protem telah dibentuk dipengerusikan oleh YBM Dato' Haji Tengku Mahmud bin Mansor.

24 Jun 1980
Surat kebenaran sementara diberikan oleh Pendaftar Pertubuhan Malaysia untuk PERKAYA beroperasi.

4 Disember 1980
PERKAYA didaftarkan dibawah Akta Penubuhan 1966 dengan nombor pendaftran 418(Terengganu)dengan nama rasminya, Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim Terengganu (PERKAYA)

| 0 comments |

1. Mewujudkan satu pengurusan pertubuhan kebajikan yang cekap dan berkesan.

2. Memperkukuhkan dan mempelbagaikan sumber kewanganPERKAYA untuk berdikari
dalam bidang kewangan.

3. Membina dan mengurusakan sebuah kompleks asrama anak yatim yang bestari.

4. Menubuhkan sebuah dana sebagai sumber tetap untuk membela kebajikan dan pendidikan anak-anak yatim di Terengganu.

| 0 comments |

VISI

Untuk menjadikan sebuah pertubuhan kebajikan yang mantap dan berkemampuan membela nasib masa depan anak-anak yatim di Terengganu melalui pencapaian mereka yang cemerlang dalam pendidikan dan kerjaya

MISI

Untuk mengabungkan tenaga sukarela dalam mengerakkan kegiatan yang mampu memberi pembelaan dan pendidikan yang bermutu kepada anak-anak yatim di Terengganu

| 0 comments |